WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jemaah Haji Berangkat Pulang Terima Naskhah Al-Quran Dalam 80 Bahasa Di Terminal Jeddah

30/05/2026 05:56 PM

JEDDAH, 30 Mei (Bernama-SPA) -- Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan cawangan Wilayah Makkah mula mengedarkan naskhah Al-Quran hadiah daripada Penjaga Dua Kota Suci di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.

Inisiatif tersebut bertujuan memastikan jemaah haji antarabangsa menerima naskhah masing-masing sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanah air, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kempen itu melibatkan pengagihan keseluruhan sebanyak 1.9 juta naskhah Al-Quran yang dicetak oleh Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah.

Naskhah terjemahan yang tersedia dalam lebih 80 bahasa itu membolehkan jemaah haji yang pulang untuk mempelajari teks suci berkenaan dalam bahasa ibunda mereka.

Kementerian berkenaan mengesahkan bahawa pengedaran akan diteruskan sepanjang masa di semua pintu masuk udara, darat dan laut dalam beberapa hari akan datang.

-- BERNAMA-SPA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan