WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Iran Mungkin Hantar Delegasi Ke Islamabad Jika Terima Isyarat Positif Dari AS - Diplomat

20/04/2026 06:32 PM

DOHA, 20 April (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Iran akan menghantar pasukan perunding ke Islamabad bagi pusingan baharu rundingan sebelum gencatan senjata dengan Amerika Syarikat (AS) tamat, dengan syarat pihaknya menerima isyarat positif daripada Washington, kata Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran Ebrahim Azizi pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami tidak pernah gentar terhadap prinsip rundingan. Mungkin hari ini atau esok, selepas penilaian lanjut, kami mungkin mempertimbangkannya dengan syarat pasukan perunding AS dan mesej yang diterima dari Iran memberikan isyarat positif,” kata Azizi kepada Al Jazeera.

Pada Ahad, Presiden AS Donald Trump berkata wakil negaranya sedang menuju ke Islamabad untuk mengadakan rundingan mengenai Iran.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mike Waltz mendakwa rundingan antara AS dan Iran akan disambung semula dalam tempoh 24 jam akan datang, namun agensi berita Iran, IRNA, kemudian melaporkan bahawa Tehran menolak untuk menyertai pusingan kedua rundingan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan