WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Penipuan Cinta: Polis Rekod Kerugian RM3.5 Juta Dalam Tempoh Januari Tahun Ini

22/02/2026 02:41 PM

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Polis merekodkan 100 kes penipuan cinta atau love scam melibatkan kerugian RM3.5 juta dalam tempoh sebulan pada Januari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan hari ini berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak lima kes berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

“Jumlah kerugian yang direkodkan pada Januari lepas adalah RM3.5 juta, menurun sebanyak 27 peratus berbanding RM4.9 juta kerugian pada Januari tahun lepas.

“Golongan wanita terus menjadi mangsa paling ramai dengan mencatat 60 peratus daripada jumlah kes manakala baki 40 peratus adalah lelaki. Sebanyak 72 peratus mangsa berusia 30 hingga 50 tahun,” katanya.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sindiket ini dan membuat semakan di portal Semak Mule PDRM di https://semakmule.rmp.gov.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan