NEW YORK, 22 Feb (Bernama-WAFA) -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa keluarga Palestin yang hilang tempat tinggal dan kini berlindung di pusat perlindungan yang sesak di Semenanjung Gaza, terus berdepan risiko tinggi kebakaran serta ancaman kesihatan yang semakin meruncing.
Menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata keperluan terhadap penyelesaian penempatan yang lebih selamat dan sesuai kini menjadi amat mendesak.
OCHA memaklumkan pada Sabtu bahawa kebanyakan keluarga terpaksa memasak, tidur dan menyimpan barang keperluan mereka di ruang yang sempit dengan menggunakan api terbuka dan sejak November lepas, sekurang-kurangnya 12 insiden kebakaran telah direkodkan di pusat-pusat perlindungan berkenaan.
OCHA berkata dalam tempoh hanya 10 hari pada bulan Februari, petugas kemanusiaan berjaya menyediakan perlindungan kepada 85 keluarga di Deir al-Balah dan Khan Younis selepas kediaman sementara mereka di Bandaraya Gaza musnah dalam kebakaran.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial