WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Andrew Mountbatten-Windsor Ditahan Di UK Kerana Salah Laku Berkaitan Epstein

19/02/2026 09:16 PM

LONDON, 19 Feb (Bernama-PA Media/dpa) -- Andrew Mountbatten-Windsor ditahan di United Kingdom (UK) kerana disyaki melakukan salah laku dalam jawatan awam dan kini berada dalam tahanan polis, lapor PA Media/dpa.

Thames Valley Police mengesahkan penahanan itu pada Khamis susulan dakwaan yang dibuat terhadap bekas putera itu selepas jutaan halaman dokumen berkaitan pembiaya pedofilia Jeffrey Epstein didedahkan.

Penahanan itu berlaku ketika gambar tersebar dalam talian yang kelihatan menunjukkan kenderaan polis tanpa tanda rasmi berada di Wood Farm di Sandringham Estate, Norfolk, dengan pegawai berpakaian biasa dilihat berkumpul di luar kediaman Andrew.

Thames Valley Police sebelum ini memaklumkan yang pihaknya sedang meneliti dakwaan yang seorang wanita diperdagangkan ke UK oleh Jeffrey Epstein untuk mengadakan pertemuan seksual dengan Andrew, serta dakwaan yang beliau berkongsi maklumat sensitif dengan pedofilia itu ketika berkhidmat sebagai utusan perdagangan UK.

--BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan