KUCHING, 6 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi Kuching hari ini membenarkan lima anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memohon semakan kehakiman berhubung penalti berjumlah RM120 juta yang dikenakan di bawah undang-undang pengagihan gas Sarawak.
Pesuruhjaya Kehakiman Dean Wayne Daly memutuskan bahawa pemohon telah membangkitkan kes yang boleh dipertikaikan dan isu itu harus didengar dalam perbicaraan substantif.
Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan penangguhan terhadap penguatkuasaan penalti kewangan berkenaan.
Lima anak syarikat, iaitu Petronas Carigali Sdn Bhd, Malaysia LNG Sdn Bhd, Malaysia LNG Dua Sdn Bhd, Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd dan Petronas LNG 9 Sdn Bhd memohon untuk membatalkan notis penalti kewangan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 7 Ordinan Pengagihan Gas 2016.
Pemohon berkenaan dikenakan penalti kerana didakwa gagal memohon lesen untuk beroperasi di Sarawak, dengan lapan notis masing-masing berjumlah RM15 juta dikeluarkan terhadap mereka, menjadikan nilai keseluruhan sebanyak RM120 juta.
Pasukan guaman pemohon terdiri daripada peguam Khoo Guan Huat dan Alex Ngu Sze Shae, manakala responden diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Seri JC Fong dan Peguam Kanan Negeri Mohd Adzrul Adzlan daripada Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak.
Mahkamah menetapkan 2 Mac ini untuk pengurusan kes.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial