WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Wan Zack Haikal Sah Kembali Sarung Jersi 'The Bos Gaurus'

29/01/2026 06:50 PM

IPOH, 29 Jan (Bernama) -- Perak FC mengesahkan bekas pemain kebangsaan Wan Zack Haikal Wan Noor kembali menyarung jersi pasukan bagi menghadapi saingan Piala Cabaran MFL dan Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Azhar Jamaluddin berkata kehadiran Wan Zack Haikal diyakini mampu menambah variasi serta kreativiti di bahagian tengah dan jentera serangan, sekali gus memperkukuhkan kekuatan pasukan.

“Kami mewakili seluruh warga Perak dengan sukacita mengalu-alukan Wan Zack sebagai pemain baharu Perak pada jendela perpindahan kedua yang telah dibuka hingga 1 Feb ini.

“Berbekalkan pengalaman luas di peringkat tertinggi, beliau bukan sahaja diharapkan memberi impak positif di atas padang, malah menjadi pembimbing serta sumber inspirasi kepada pemain muda Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Wan Zack Haikal, 34, pernah menyarung jersi Perak FC dari 2022 hingga 2025 sebelum membuat keputusan meneruskan karier bersama Penang FC pada 9 Jun 2025.

--  BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan