WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pasukan Filipina, Aurora Gaming PH Juara Dunia MLBB M7

25/01/2026 11:33 PM

JAKARTA, 25 Jan (Bernama) -- Aurora Gaming PH dinobatkan juara baharu Kejohanan Dunia M7 Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) selepas menewaskan wakil Indonesia, Alter Ego, pada perlawanan akhir yang berlangsung di sini hari ini.

Kejayaan itu cukup bermakna kerana menebus kekecewaan apabila pasukan dari Filipina itu gagal melangkah ke peringkat kalah mati pada Kejohanan Dunia M6 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 2024.

Pada aksi final yang diadakan di Stadium Tertutup Tenis, Istora Senayan, Aurora PH di bawah bimbingan Aniel Jiandani mempamerkan aksi cemerlang apabila mencatat kemenangan bersih 4-0 ke atas Alter Ego.

Kejayaan itu juga menyaksikan kali pertama perlawanan akhir Siri M berakhir dengan kemenangan bersih sejak edisi M4, apabila pasukan Filipina, Echo, melakar pencapaian sama.

Sebagai juara, Aurora Gaming PH membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD320,000 (kira-kira RM1.28 juta), manakala Alter Ego, selaku naib juara, menerima USD150,000 (RM600,923).

Sementara itu, pemain Aurora, Dylan Catipon, atau lebih dikenali sebagai Light, dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) kejohanan dan menerima USD5,000 (RM20,031).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan