WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jenazah Nadia Kesuma Selamat Dikebumikan Di Jeddah Selepas Subuh

19/01/2026 12:55 PM

GEORGE TOWN, 19 Jan (Bernama) -- Jenazah Allahyarham Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Jeddah selepas solat Subuh di sana hari ini.

Suaminya Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah mengesahkan urusan pengebumian isterinya Allahyarham Nadiah Kasumawati Abdul Karim kepada Bernama.

“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah), disembahyangkan dan diimamkan sendiri oleh saya.

“Alhamdulillah jenazah dikebumikan selepas Subuh (5.44 pagi waktu Jeddah),” katanya juga menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Kamarul, 57, yang merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) memaklumkan isterinya meninggal dunia pada 8.07 pagi Khamis lepas, selepas pelakon itu dilaporkan gagal dikesan.

Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya mengambil penerbangan ke Jeddah 5.35 petang semalam, bagi menyelesaikan segala urusan jenazah di King Fahad Hospital termasuk dokumentasi serta pengambilan barang-barang peribadi Allahyarham Nadia Kesuma.

Nadia Kesuma menyertai pakej Umrah-London-Paris sebuah agensi pelancongan bersama-sama 21 jemaah lain dan berlepas dari KLIA pada 1.48 pagi, Selasa lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan