SIBU,10 Jan (Bernama) -- Polis sedang mengesan waris terdekat seorang gelandangan lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Stesen Pam No. 4 Rancangan Tebatan Banjir di Jalan Maju, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada lelaki itu, yang berusia lingkungan lewat 40-an, ketika ditemukan di lokasi.
"Pada 8.55 pagi semalam polis menerima panggilan telefon daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki tidak sedarkan diri di bawah tangga di stesen berkenaan.
"Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu yang juga seorang gelandangan sering dilihat di sekitar Jalan Maju.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai identiti mangsa diminta menghubungi Ketua Balai Polis Sentral merangkap pegawai penyiasat kes ASP Binsin Lunjong melalui talian 017-8025675 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial