WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Banjir Di Terengganu Pulih Sepenuhnya

21/12/2025 08:36 PM

KUALA TERENGGANU, 21 Dis (Bernama) -- Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila kesemua 571 orang daripada 155 keluarga di Kemaman dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu Kol Pertahanan Awam (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mangsa sebelum ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok.

Beliau berkata kesemua mangsa dibenarkan pulang pada 6 petang tadi berikutan keadaan cuaca semakin baik hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Zul Khairi menasihati orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga serta bersiap sedia untuk berpindah ke PPS sekiranya kawasan rumah mereka mula dinaiki air.

"Dalam musim Monsun Timur Laut ini, penduduk yang selalu dilanda banjir perlu berjaga-jaga dengan amaran dikeluarkan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan bersedia untuk berpindah ke tempat lebih selamat," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan