WILAYAH - TIMUR > BERITA

PGA Rampas Rokok Putih Bernilai Lebih RM2 Juta

21/12/2025 07:30 PM

KOTA BHARU, 21 Dis (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara mematahkan cubaan menyeludup rokok putih tanpa cukai bernilai lebih RM2.8 juta dalam serbuan menerusi OPS Taring Wawasan Kelantan di Jalan Kampung Pek di sini hari ini.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan pada 6.30 pagi dilakukan anggota risik Batalion 9 PGA selepas mengesan sebuah lori Isuzu NPR merah dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin. 

“Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa kotak coklat dibalut plastik lutsinar mengandungi 1.5 juta batang rokok putih tanpa cukai dianggarkan bernilai RM2.805 juta.

“Kejayaan operasi ini diyakini dapat memutuskan rangkaian sindiket pengedaran dan penyeludupan rokok tidak bercukai di sekitar kawasan pantai timur semenanjung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Ahmad Radzi berkata dua lelaki berusia 45 dan 53 tahun ditahan selain pihaknya juga merampas lori bernilai RM80,000 yang digunakan dalam kegiatan itu. 

Beliau berkata suspek dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan