IPOH, 17 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari kerusi rodanya ke dalam tali air di Jalan Kampung Sungai Tiang Baru, dekat Selekoh, Hutan Melintang pagi tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mangsa lelaki tempatan berusia 77 tahun yang berkaki palsu itu, ditemukan terapung di bawah jambatan Sungai Tiang kira-kira dua meter dari lokasi dipercayai mangsa terjatuh, pada 8.40 pagi.
“Setibanya jentera di tempat kejadian pada jam 8.13 pagi, kerusi roda milik mangsa ditemukan berada di tepi tali air dan mangsa disyaki telah terjatuh ke dalamnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shazlean berkata pasukan bomba kemudian menjalankan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota membuat pencarian di sekitar kawasan kejadian.
Mangsa berjaya dibawa keluar dari dalam air oleh anggota bomba, sebelum diperiksa oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial