WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Rachel Mara Ke Suku Akhir Terbuka China

12/11/2025 11:03 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pemain skuasy negara Rachel Arnold mempamerkan aksi cemerlang untuk mara ke suku akhir Terbuka China 2025 selepas menewaskan pilihan kelima dari Belgium Nele Gilis di Shanghai, China hari ini.

Pada aksi pusingan kedua, Rachel mencatat kemenangan 3-1 (11-6, 11-9, 6-11, 11-6) dalam masa 44 minit sekali gus meraih kemenangan pertamanya ke atas Gilis selepas tewas dalam lima pertemuan sebelum ini.

Pemain Malaysia itu bakal berdepan pilihan utama dari Mesir Hania El Hammamy pada suku akhir dengan cabaran getir menanti memandangkan Rachel masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam lima pertemuan menentang pemain nombor dua dunia itu.

Sementara itu, seorang lagi pemain wanita negara Aifa Azman tewas dalam pertarungan sengit lima set menentang pemain Mesir Salma Hany dengan keputusan 11-6, 11-8, 3-11, 2-11, 13-11 dalam masa 55 minit.

Adiknya, Aira pula tewas kepada pilihan ketiga dari Mesir Amina Orfi dengan keputusan 11-3, 11-4, 11-6.

Dalam saingan lelaki, pemain skuasy negara Ng Eain Yow mengalami kekalahan straight set kepada wakil Mesir Mohamad Zakaria dengan keputusan 11-5, 13-11, 11-6 dalam masa 64 minit.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan