KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM), melalui Unifi Business, memperkenalkan Usahawan Digital TM untuk memperkasakan 2,200 usahawan B40 daripada pangkalan data eKasih, melengkapkan mereka dengan alatan dan kemahiran digital yang penting untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.
Menurut peneraju kumpulan teknologi digital dan telekomunikasi bersepadu itu, inisiatif ini dianggarkan bernilai RM10 juta, dengan purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.
Katanya program itu merangkumi tiga teras utama - peningkatan kemahiran, alatan perniagaan digital dan program pemerkasaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris berkata sebagai pemacu masa depan digital negara, syarikat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha bersama ini untuk memperkasakan rakyat.
“Melalui Usahawan Digital TM, kami menyediakan alatan digital, kemahiran dan sambungan 5G untuk membantu usahawan mikro meningkatkan mata pencarian mereka. Usaha ini sejajar dengan aspirasi Digital Powerhouse 2030 kami dalam menyokong pembangunan bakat dan inovasi di Malaysia,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial