Perkukuh Persepsi Positif Masyarakat Jadi Keutamaan Ketua Polis Selangor Baharu

30/07/2025 12:30 PM

SHAH ALAM, 30 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Selangor yang baharu Datuk Shazeli Kahar berazam untuk menumpukan usaha meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap perkhidmatan pasukan keselamatan itu di negeri ini.

Beliau yang memulakan tugas secara rasmi hari ini berkata usaha itu akan membantu mempermudahkan tugasan pasukannya dalam mengurus isu berbangkit melibatkan jenayah dan ketenteraman awam dengan lebih optimum.

Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan masyarakat di Selangor berada pada tahap terbaik.

"Tugas saya yang pertama ialah untuk berusaha bersama pasukan dalam meningkatkan persepsi positif masyarakat Selangor terhadap PDRM. 

"Persepsi positif ini berkait rapat dengan pelbagai isu yang boleh diuruskan, dan daripada situ kita akan susun langkah seterusnya mengikut keperluan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di sini hari ini. 

Terdahulu, majlis tersebut diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Jlog) Bukit Aman CP Gilberd Philip Layang. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan