ISTANBUL, 27 Julai (Bernama-Anadolu) -- Perkhidmatan Kesihatan Ghana pada Ahad mengesahkan kematian pertama berkaitan jangkitan mpox di negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menerusi hantaran di platform X, pihak berkuasa kesihatan Ghana memaklumkan sebanyak 23 kes baharu dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 257 setakat 22 Julai.
Mpox merupakan penyakit virus zoonotik yang kali pertama dikenal pasti menjangkiti manusia pada 1970 di Republik Demokratik Congo.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos 2024 sekali lagi mengisytiharkan Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Membimbangkan di Peringkat Antarabangsa susulan peningkatan mendadak kes dan kematian, khususnya melibatkan strain Clade I yang lebih teruk di Congo dan negara jirannya di Afrika.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial