MOSCOW, 27 Julai (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio, menyifatkan Naib Presiden JD Vance sebagai “calon yang hebat” untuk Pilihan Raya Presiden 2028, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Saya fikir JD Vance akan menjadi calon yang hebat,” kata Rubio dalam satu temu bual bersama menantu perempuan Presiden AS, Lara Trump, di saluran Fox News.
Pada Jumaat, Emerson College Polling mengeluarkan hasil tinjauan dijalankan pada 21–22 Julai melibatkan 1,400 pengundi AS, yang menunjukkan jika pilihan raya presiden 2028 diadakan hari ini, 44.4 peratus rakyat AS akan mengundi Vance, manakala 41 peratus lagi akan memilih Ahli Kongres Demokrat, Alexandria Ocasio-Cortez.
Vance juga mengatasi Gabenor California Gavin Newsom, dengan 45.3 peratus responden menyokong Vance berbanding 42.1 peratus untuk Newsom. Dalam pertembungan dengan bekas Setiausaha Pengangkutan Pete Buttigieg, Vance turut mendahului dengan 43.9 peratus berbanding 43.1 peratus.
Menariknya, dalam pilihan raya separuh penggal 2026, sedikit majoriti pengundi menyatakan sokongan kepada calon Demokrat (44 peratus) berbanding calon Republikan (41.5 peratus).
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial