WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Qurratu'ain Cipta Sensasi, Rangkul Emas Di Kejohanan Boling Remaja Asia

27/07/2025 07:47 PM

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Atlet boling muda negara Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi mencipta kejutan apabila menewaskan wakil China, Li Yiru dengan kelebihan hanya satu jatuhan pin untuk menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia ke-24 di Doha, Qatar hari ini.

Qurratu’Ain, yang mempamerkan aksi tenang dan konsisten sepanjang enam permainan, mencatatkan jumlah keseluruhan 1,239 jatuhan pin – satu mata mengatasi Li yang mengumpul 1,238 pin.

Pingat gangsa dimenangi pemain Taiwan, Ho Yi Qing yang meraih 1,205 pin.

Dua lagi wakil negara turut menunjukkan persembahan membanggakan apabila Adelia Nur Syazalee menamatkan saingan di tempat keempat dengan 1,197 pin, manakala Balqis Nurdhini Khairul berada di kedudukan kelima dengan 1,190 pin.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan