WILAYAH - TENGAH > BERITA

Chicken N Chicken Lancar Cawangan Pertama Di Malaysia Dengan Promosi Beli 1 Percuma 1

26/07/2025 02:57 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Industri makanan segera di Malaysia menyaksikan kehadiran jenama baharu dengan pelancaran rasmi Chicken N Chicken, sebuah restoran perkhidmatan pantas dari Itali yang membuka cawangan pertamanya dengan tawaran “Beli 1 Percuma 1” bagi item menu terpilih pada hari ini dan esok.

Majlis perasmian berlangsung di Taman Perindustrian Suria, Sepang, Selangor semalam yang menyaksikan acara memotong riben disempurnakan oleh Pesuruhjaya Perdagangan Itali Dr Angela Donvito dan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan Syed Ahsan Raza Shah.

Sebagai sebahagian daripada promosi sempena pelancaran, 200 pelanggan pertama telah dijamu dengan hidangan percuma.

Terkenal dengan ayam yang rangup, burger yang lazat dan ban lembut istimewa, Chicken N Chicken menawarkan pengalaman menikmati makanan kegemaran yang dimasak segar dalam suasana mesra serta kasual.

“Pembukaan ini bukan sekadar pelancaran sebuah restoran baharu, ia perayaan cita rasa, komuniti dan ruang inklusif untuk semua menikmati makanan yang enak,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pak Punjab Desi Kitchen Sdn Bhd Malik Nadeem, selaku francaisi induk jenama itu di Malaysia.

Chicken N Chicken yang diasaskan di Itali kini telah berkembang dengan 15 cawangan di Itali, enam di Perancis dan masing-masing satu cawangan di Jerman, Denmark dan Mesir.

“Chicken N Chicken diiktiraf di Itali sebagai restoran perkhidmatan pantas 100 peratus halal. Malah, semua cawangan Chicken N Chicken di seluruh dunia adalah halal,” kata francaisor Chicken N Chicken Bashir Tariq.

Dengan rancangan pengembangan yang telah pun dimulakan, jenama itu berhasrat membawa gabungan uniknya, iaitu cita rasa Timur dan Barat kepada lebih banyak komuniti di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.chickennchicken.com.my

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan