WILAYAH - UTARA > BERITA

UMNO Yakin Rakyat Kedah Sedia Untuk Lakukan Perubahan Kepimpinan Negeri

26/07/2025 12:35 AM

ALOR SETAR, 25 Julai (Bernama) -- UMNO yakin rakyat di Kedah bersedia untuk melakukan perubahan kepimpinan negeri demi masa depan yang lebih stabil kerana mereka dilihat semakin menyedari keperluan memilih pemimpin yang mampu menjaga kebajikan dan hala tuju negeri.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selepas melalui cabaran di negeri itu, kini sudah tiba masanya rakyat Kedah kembali memilih kepimpinan yang mampu berbuat demikian. 

“Saya berharap ia akan berubah, bukan mudah untuk melakukan perubahan secara drastik tetapi tidak mustahil untuk kita berubah.

"Insya-Allah, Kedah akan kembali berada di dalam kepimpinan yang lebih baik dan boleh jaga rakyat sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dan Belia Luar Bandar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini malam ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berharap rakyat Kedah akan berusaha memperjuangkan perubahan secara konsisten serta menyeluruh memandangkan peranan mereka adalah penting dalam memastikan perubahan pada masa depan dengan membuat pilihan bijak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan