WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RUU Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama

24/07/2025 08:47 PM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025, antara lain bertujuan mengesahkan pemungutan fi perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dan Takbai, Thailand yang dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika membentangkan RUU berkenaan berkata bacaan kali kedua dan ketiga akan dibuat dalam mesyuarat kali ini.

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU berkenaan bertujuan mengesahkan fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh JKR dan telah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dengan perkhidmatan feri di antara Pengkalan Kubor, Malaysia dengan Takbai, Thailand mulai 1 Jan 1999 hingga 31 Dis 2024 sebelum permulaan kuat kuasa Perintah Fee (Feri Pengkalan Kubor) (Pindaan) 2024.

Ia juga bertujuan untuk memperuntukkan bahawa tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa atau dimulakan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan