WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Rondaan Bersama Kali Ke-155 Di Sungai Mekong Bermula

23/07/2025 03:21 PM

XISHUANGBANNA, 23 Julai (Bernama-CMG) -- Rondaan bersama kali ke-155 di Sungai Mekong yang melibatkan China, Laos, Myanmar dan Thailand dilancarkan pada Selasa.

Sebanyak tiga kapal penguat kuasa undang-undang milik China berlepas dari dermaga Jingha di Xishuangbanna, Yunnan menuju ke perairan ditetapkan untuk menyertai misi rondaan bersama tiga negara lain.

Operasi penguatkuasaan undang-undang itu memberi tumpuan kepada kegiatan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan dadah, penipuan, dan kegiatan haram lain.

Rondaan bersama selama empat hari tiga malam membabitkan penyertaan lebih 100 pegawai serta tujuh kapal penguat kuasa undang-undang.

Sepanjang misi berlangsung, agensi penguat kuasa dari empat negara akan mengadakan mesyuarat di Chiang Saen, Thailand untuk menilai situasi keselamatan di perairan Sungai Lancang-Mekong dan petunjuk kes jenayah, selain merangka kerjasama lanjut bagi fasa seterusnya.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan