WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kempen "Pilihan Raya MYDIN 2025" Beri Peluang Orang Ramai Pilih Jenama Terbaik

22/07/2025 09:20 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Prihatin terhadap cabaran ekonomi semasa, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), rangkaian peruncit dan pemborong halal terbesar tempatan telah melancarkan Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 dengan tema “Pilihan Rakyat, Harga Rakyat”.

MYDIN memaklumkan kempen unik itu menawarkan pelbagai ganjaran menarik dan diskaun hebat, termasuk promosi seperti “Janji PWP Ditepati” dan “Manifesto Ahli Meriah”, dengan nilai keseluruhan mencecah RM6.8 juta kepada rakyat Malaysia.

“Pelanggan MYDIN berpeluang “mengundi” jenama kegemaran mereka dalam suasana seakan pilihan raya sebenar.

"Sebanyak 26 kerusi ‘Parlimen’ (barangan yang dijual MYDIN) dan 85 kerusi ‘Dewan Undangan Negeri’ (subbarangan yang dijual) dipertandingkan,” menurut MYDIN dalam kenyataan hari ini.

MYDIN memaklumkan undian boleh dilakukan melalui aplikasi MYDIN Rewards, dengan jenama yang meraih undian tertinggi akan bergelar YB atau “Yang Berharga”. 

Mekanisme undian kempen terbabit sangat mudah iaitu bermula 24 Julai hingga 31 Ogos ini, setiap pembelian satu unit produk daripada jenama yang mengambil bahagian di mana-mana cawangan MYDIN akan dikira sebagai satu undi secara fizikal manakala bermula 1 hingga 16 Sept, pelanggan boleh mengundi secara dalam talian melalui aplikasi MYDIN Rewards.

MYDIN turut memperkenalkan tiga inisiatif utama sepanjang tempoh kempen iaitu “Ganjaran Rakyat” iaitu pelanggan yang mengundi melalui aplikasi MYDIN Rewards mulai 1 hingga 16 Sept itu berpeluang menerima baucar dan pulangan tunai lebih RM400,000.

“Selain itu, mulai 25 Julai hingga 5 Okt 2025, pelanggan yang berbelanja menggunakan e-dompet terpilih seperti Atome, Boost, MCash, SPayLater, Shopback dan Setel akan menikmati diskaun dan pulangan tunai sehingga RM300,000 di semua pasar raya MYDIN melalui “Cashback Rakyat”.

“Inisiatif ketiga ialah “Rezeki Rakyat” iaitu pelanggan yang mengundi produk pilihan mereka turut berpeluang menikmati promosi eksklusif dan diskaun bernilai hingga RM1.68 juta, termasuk penyertaan peraduan bersama jenama yang bertanding serta permainan Cash Out menerusi MYDIN Pay,” menurut MYDIN.

Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 berlangsung mulai 24 Julai hingga 6 Okt ini di semua cawangan dan platform dalam talian MYDIN, dengan keputusan “pilihan raya” diumumkan pada 18 Sept.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web www.mydin.my atau mengikuti saluran media sosial rasmi MYDIN Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan