WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Skuasy: Addeen Rangkul Kejuaraan PSA Di Australia

20/07/2025 07:24 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pemain skuasy lelaki negara Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar merangkul kejuaraan kelapan siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas muncul juara Terbuka Victorian di Australia, hari ini.

Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) memaklumkan pemain berusia 31 tahun itu menewaskan rakan senegara Nathan Kueh dalam aksi empat set dengan keputusan 11-2, 11-4, 8-11, 11-3 dalam tempoh 46 minit.

“Saya berasa gembira dan bangga dengan prestasi dicapai terutama berjaya memenangi kejohanan berturut-turut di luar negara.

"Saya kembali yakin dengan diri sendiri dan permainan selepas beberapa bulan berehat akibat kecederaan bahu," katanya menerusi kenyataan SRAM.

Ia merupakan gelaran kelapan PSA buat Addeen Idrakie, selepas menjuarai Terbuka Morrinsville di New Zealand, minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan