WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Kanak-kanak Lemas Dipercayai Jatuh Parit Di Shah Alam

18/07/2025 09:47 PM

SHAH ALAM, 18 Julai (Bernama) -- Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini petang tadi. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.19 malam sebelum tiba di lokasi lima minit kemudian. 

Beliau berkata ketika tiba di lokasi kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan sembilan tahun itu berjaya ditemui dan didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

"Kedua-dua mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan malam ini. 

Ahmad Mukhlis berkata operasi yang ditamatkan pada 8.08 malam melibatkan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Shah Alam. 

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan