KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang individu yang disyaki memuat naik kandungan palsu dan jelik melampau melalui akaun Instagram miliknya, berkaitan isu pelantikan Ketua Hakim Negara.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sesi pakaman percakapan telah diambil pada 2.30 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, selain penyitaan satu unit telefon bimbit dan satu unit kad SIM bagi membantu siasatan.
“MCMC memandang serius penyebaran kandungan palsu dan jelik melampau yang menyentuh integriti institusi kehakiman negara.
“Penyalahgunaan media sosial untuk tujuan sedemikian boleh menggugat kepercayaan awam dan ketenteraman negara. Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial