WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tali Pinggang Keledar: Syarikat Bas Digesa Bantu Pamer Peringatan 

04/07/2025 01:05 AM

KUCHING, 3 Julai (Bernama) -- Syarikat bas ekspres serta persiaran di Sarawak digesa mempamerkan notis peringatan pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas masing-masing.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata kerjasama mempamerkan notis itu  penting sebagai bentuk peringatan kekal di dalam bas kepada penumpang yang menaiki kenderaan berkenaan.

“Jika boleh, mereka tampal notis peringatan di depan tempat duduk dalam pelbagai bahasa agar semua penumpang boleh faham. Bas yang mempunyai televisyen juga boleh menyiarkan video peringatan sebelum bertolak.

“Lebih baik lagi jika pemandu bas boleh membuat pengumuman kerana di dalam bas memang sudah ada sistem siar raya sama seperti kapal terbang,” katanya pada sidang media di Kuching Sentral, di sini hari ini. 

Lee berkata setakat ini, Sarawak mempunyai 19 syarikat bas ekspres dengan 264 bas serta 31 syarikat bas persiaran yang memiliki 165 bas.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta persiaran berkuat kuasa pada 1 Julai, dan mereka yang gagal berbuat demikian boleh disaman RM300.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan