WILAYAH - SARAWAK > BERITA

RELA Simbol Daya Tahan Rakyat, Bukan Sekadar Sukarelawan - Saifuddin Nasution

03/07/2025 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bukan sekadar sukarelawan, sebaliknya menjadi simbol daya tahan rakyat Malaysia ketika negara diuji pelbagai bencana, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menerusi hantaran di Facebook, Saifuddin Nasution berkata peranan penting pasukan itu terbukti melalui kesediaan mereka untuk bertindak dalam pelbagai suasana, sama ada ketika negara aman, diuji bencana, keperluan kawalan sempadan atau perhimpunan besar. 

“Saya sendiri telah melihat secara dekat bagaimana RELA berfungsi, bukan sekadar ‘turun padang’, tetapi benar-benar menjadi sebahagian daripada denyut nadi masyarakat.

“Semoga RELA terus melangkah gagah ke hadapan, lebih tersusun, lebih terlatih dan terus dihormati sebagai barisan sukarelawan yang menjadi kebanggaan negara,” katanya sempena ulang tahun ke-53 RELA.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata sejak 53 tahun penubuhannya, RELA bukan sahaja kekal relevan, malah semakin diyakini sebagai pasukan barisan hadapan yang teguh, cekal dan setia. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan