BERITA TERGEMPAR | Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | |
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pemain badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong akan menjalani pembedahan lutut di Doha Qatar bagi merawat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL).
Perkembangan itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh ketika ditemui media semalam.
"Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengatur tarikh bagi pembedahannya. Kita akan mengetahui bila dia akan menjalani pembedahan dalam masa dua hingga tiga hari lagi," katanya.
Sebelum ini, BAM mengesahkan Tze Yong mengalami kecederaan ACL selepas keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) mengesahkan terdapat koyakan ACL pada lutut kanan.
Pemain kelahiran Johor itu, mengalami kecederaan ketika aksi pusingan pertama Masters Malaysia 2025 pada bulan lepas ketika menentang pemain Hong Kong Ng Ka Long, menyaksikan atlet ini terpaksa menarik diri daripada perlawanan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial