SHAH ALAM, 29 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penderaan dan pengabaian seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak angkatnya di Taman Bendahara, Kuala Selangor semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari sama sebelum tangkapan dilakukan terhadap wanita berusia 54 tahun itu pada 8.15 malam.
“Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang manakala permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama enam hari bermula hari ini sehingga Rabu ini (4 Julai) bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, tular beberapa video di media sosial yang antaranya memaparkan kecederaan dialami mangsa pada tangan dan kepala.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial