WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Harapan Sivasangari Ke Separuh Akhir Tidak Kesampaian Selepas Catat Kekalahan Kedua

25/06/2025 10:25 AM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Harapan jaguh skuasy negara S Sivasangari untuk melangkah ke separuh akhir tidak kesampaian apabila mengalami kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan B, kempen Final Jelajah PSA 2024/2025, pada Selasa.

Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa akur dengan kehebatan Fayrouz Aboelkheir dari Mesir 11-10, 9-11, 7-11 dalam pertarungan sengit selama 41 minit di Revival Film Studio, Toronto, Kanada.

Semalam, pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu turut mencatatkan kekalahan apabila tewas kepada pilihan kedua Olivia Weaver dari Amerika Syarikat 9-11, 9-11.

Kekalahan berturut-turut itu menamatkan peluang wakil negara untuk mara ke separuh akhir.

Sementara itu, Weaver meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Satomi Watanabe 3-11, 11-6, 11-6 dalam satu lagi aksi Kumpulan B, sekali gus mengesahkan tempat di separuh akhir.

Satu lagi tempat akan ditentukan menerusi pertemuan antara Watanabe dan Aboelkheir, yang masing-masing telah mencatatkan satu kemenangan.

Final Jelajah PSA membabitkan lapan pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan, dan dua pemain terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan