WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bernama Juara Cabaran Pickleball DRB-HICOM 2025

21/06/2025 03:16 PM

SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) -- Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ahmad Syabil Sultan Noordin dan Ahmad Aidil Syukri Hamzah, muncul juara edisi sulung Cabaran Pickleball DRB-HICOM 2025 yang berlangsung di Pickle Nation, Glenmarie, hari ini.

Pasangan Bernama yang beraksi di bawah nama Bernama Aces itu menewaskan 27 pasangan lain yang mewakili pelbagai organisasi media, sekali gus mencatat sejarah sebagai pemenang pertama kejohanan berkenaan.

Pada aksi final, Bernama Aces menewaskan satu lagi wakil Bernama, Bernama Pickles, yang dibarisi Mohamed Syamsul Adlien dan Muhammad Khairi Azwan Mohd Kamal, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan TV3 Colour Bar.

“Kami sangat teruja dan bersyukur dengan kemenangan ini. Walaupun ini kali pertama kami menyertai kejohanan pickleball, semangat berpasukan dan latihan asas yang kami jalani banyak membantu,” kata Aidil Syukri ketika ditemui selepas perlawanan akhir.

Rakan sepasukannya, Ahmad Syabil pula berkata kejohanan ini bukan sahaja mencabar dari segi fizikal, tetapi turut memberi peluang untuk mengeratkan hubungan sesama rakan media dan pihak penganjur.

Cabaran yang menyaksikan penyertaan 28 pasukan itu dianjurkan bertujuan memupuk semangat kesukanan serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara pengamal media dan pihak korporat.

Kejohanan ini dianjurkan dengan sokongan DRB-HICOM sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pengamal media.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan