WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bantuan Aidiladha RM500 Kepada Penerima Bantuan Sara Hidup MAIWP

04/06/2025 06:42 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan bantuan sekali beri sebanyak RM500 kepada penerima Bantuan Sara Hidup MAIWP sebagai persediaan menyambut Aidiladha. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata bantuan bagi tahun 1446h/2025m itu akan disalurkan kepada penerima pada Jumaat ini.

“Sebagai tanda keprihatinan menyambut Aidiladha, MAIWP akan menyalurkan bantuan one-off (sekali beri) sebanyak RM500 kepada setiap penerima Bantuan Sara Hidup MAIWP pada  6 Jun 2025 bersamaan 9 Zulhijjah 1446H (Jumaat),

“Bantuan ini diharap dapat meringankan persiapan Aidiladha para penerima dan keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman sebelum ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Sabtu. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan