KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini menafikan laporan berita yang mendakwa ia meninggalkan Kanada.
"Sebarang laporan mendakwa Petronas meninggalkan Kanada adalah tidak tepat," kata Petronas kepada pertanyaan Bernama mengenai dakwaan tersebut.
Pada Selasa, Petronas dilaporkan sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk syarikatnya di Kanada, sebelum ini dikenali sebagai Progress Energy Resources Corp antaranya penjualan, menurut sumber yang mengetahu perkara tersebut.
Petronas berkata ia komited terhadap pelaburannya di Kanada yang mengendalikan pembangunan gas huluan North Montney Joint Venture dan merupakan rakan kongsi utama dalam kemudahan pencairan gas LNG Canada di Kitimat, BC.
“LNG Kanada sedang membuat persediaan untuk kargo pertamanya tahun ini, Petronas berbangga dapat menyediakan gas asli cecair Kanada rendah karbon dan boleh dipercayai untuk menyokong pasaran tenaga global untuk beberapa dekad akan datang,” tambahnya.
Petronas membeli Progress Energy pada 2012 pada harga kira-kira US$5.3 bilion, mengembangkan portfolio gas syal dan mengukuhkan pangkalan bekalan gasnya.
Selain itu, Petronas juga memiliki 25 peratus kepentingan dalam projek LNG Canada, sebuah usaha sama gas asli cecair utama bersama Shell Plc, PetroChina Co Ltd, Mitsubishi Corp dan Korea Gas Corp.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial