BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lori Bawa Muatan Tar Terbalik Di Selekoh Berbukit, Pemandu Maut

13/05/2025 09:18 AM

BALIK PULAU, 13 Mei (Bernama) -- Sebuah lori membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik berhampiran dengan selekoh di Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upih berhampiran JTS Viewing Point di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu pemandu lori berkenaan, seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas tersepit pada ruangan kabin di belakang tempat duduk pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan pada 10.22 malam dan menggerakkan sebuah jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan tar telah terbabas di selekoh bahu jalan kawasan berbukit dan terbalik, mengakibatkan mangsa tercampak dan tersepit di bahagian ruangan kabin lori di belakang tempat pemandu. 

“Operasi mengambil masa lebih dua jam bagi pihak bomba melakukan kerja penstabilan kenderaan, sebelum mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan pada 12.48 tengah malam menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 1.35 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan