WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Peniaga Rugi Lebih RM278,000 Angkara Penipuan Dalam Talian

01/05/2025 03:06 PM

KUANTAN, 1 Mei (Bernama) -- Seorang peniaga kerugian lebih RM278,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian tidak wujud minggu lepas. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya mangsa iaitu lelaki berusia 35 tahun menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kononnya wakil daripada sebuah institusi latihan kerajaan. 

Beliau berkata suspek telah membuat tempahan barangan yang diniaga mangsa selain meminta peniaga itu membekalkan cenderahati melalui pihak ketiga yang disyorkan suspek sendiri. 

"Meskipun belum menerima sebarang penghantaran bagi pesanan cenderahati, tanpa curiga mangsa telah membuat sembilan transaksi ke lapan akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan syarikat berjumlah lebih RM278,000.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari diperdaya setelah gagal menghubungi kedua-dua suspek berkenaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam," katanya dalam kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan