Selasa, 07 April 2020
26/03/2020 04:20 PM

GEORGE TOWN, 26 Mac -- Kerajaan Pulau Pinang melancarkan Tabung COVID-19 bagi menerima sumbangan pihak swasta dan orang ramai dalam usaha membantu sektor yang memerlukan bantuan di negeri ini berikutan penularan wabak COVID-19.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook peribadinya hari ini berkata, sumbangan ke tabung berkenaan boleh dibuat melalui akaun Maybank (557054620930) dan butiran akaun boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.PenangLawanCovid19.com.

"Semalam, saya berkata bahawa kerajaan negeri sudah membuka langkah dan saya menjemput pihak swasta untuk turut bersama-sama membantu golongan yang memerlukan bantuan.  

"Ekoran itu, saya telah menerima banyak tawaran untuk sumbangan pihak swasta. Dalam masa sehari ini sahaja, sektor swasta terutamanya di Pulau Pinang telah memberikan komitmen sumbangan hampir RM2 juta," katanya.

Berhubung permohonan dan pendaftaran Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang yang diumumkan semalam, beliau berkata kerajaan negeri sudah mempunyai data semua kategori terlibat dan semua penerima tidak perlu mendaftar, sebaliknya wang akan mula disalurkan kepada kumpulan sasar pada bulan hadapan.

Beliau berkata bagi skim Pinjaman Tanpa Faedah Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan membuat pengumuman proses permohonan selewat-lewatnya pada 31 Mac ini.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan