SUKAN > BERITA

Laporan Siasatan Kes Danish Irfan Siap Dua Minggu Lagi

05/02/2026 09:24 AM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hasil siasatan kes membabitkan pelari muda Danish Irfan Tamrin susulan dakwaan beliau dipaksa menulis surat menarik diri daripada Sukan SEA 2025 di Thailand dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Datuk Salim Parlan berkata pihaknya telah memanggil 13 individu bagi membantu siasatan yang bermula pada 6 Jan lepas, dengan individu terakhir memberi keterangan pada 14 Jan.

“Kami sudah mengambil keterangan semua individu terlibat dan kini dalam proses menyiapkan laporan hasil siasatan berhubung kes ini.

“Hasil siasatan akan diserahkan kepada Presiden Olahraga Malaysia sebelum dikemukakan kepada Menteri Belia dan Sukan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui semalam.

Media sebelum ini melaporkan Danish didakwa dipaksa menulis surat menyatakan beliau mengalami kecederaan, sedangkan perkara itu tidak benar.

Tindakan berkenaan dipercayai berlaku selepas atlet itu memenangi pingat perak acara 100 meter (m) pada Kejohanan Sekolah ASEAN (ASG), selain mencatat masa 10.61 saat (s) yang melayakkannya mewakili negara.

Catatan itu meletakkan beliau dalam kelompok empat terbaik untuk disenaraikan dalam acara 4x100m ke temasya Sukan SEA 2025.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan