KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 selepas mengetepikan cabaran gandingan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi suku akhir hari ini.
Pada pertembungan di Jyske Bank Arena, Odense, pilihan keempat kejohanan itu hanya mengambil tempoh 38 minit untuk merakamkan kemenangan 21-17, 21-11 ke atas pilihan kelapan itu.
Menanti jaguh dunia itu di separuh akhir adalah antara pilihan utama kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin atau Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark.
Dalam pada itu, perjuangan pasangan beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong berakhir selepas tewas kepada juara bertahan yang juga pilihan kelima dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 19-21, 18-21.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial