SUKAN > BERITA

Skuad Badminton Negara Pertaruh Barisan Terkuat Di Thailand

15/10/2025 09:39 PM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertaruhkan barisan terkuat mereka bagi menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand, dijadual bermula 9-20 Dis ini.

Menerusi senarai dikeluarkan badan induk sukan itu hari ini, kesemua jaguh dalam kategori masing-masing dijadual beraksi pada temasya sukan dwitahunan terbabit termasuk dua juara dunia iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) serta naib juara beregu wanita dunia 2025 Pearly Tan-M.Thinaah.

Aaron-Wooi Yik merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina manakala Tang Jie juga pernah menggondol pingat sama ketika bergandingan bersama Peck Yen Wei pada edisi 2021 di Vietnam.

Wakil lain yang turut tersenarai ialah Leong Jun Hao dan Justin Hoh bagi perseorangan lelaki serta K. Letshanaa dan Wong Ling Ching bagi perseorangan wanita.

BAM juga menaruh kepercayaan kepada beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun, beregu wanita Go Pei Kee-Teoh Mei Xing dan beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin bagi membawa cabaran negara pada Sukan SEA kali ini.

Pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Malaysia yang dibarisi skuad pelapis hanya berjaya membawa pulang dua perak dan empat gangsa.

Sukan SEA 2025 dijadual berlangsung di tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.

Berikut pula merupakan senarai penuh pemain bagi acara berpasukan lelaki serta wanita pada Sukan SEA 2025 di Thailand dari 9 hingga 20 Dis ini:

 

Berpasukan lelaki: Leong Jun Hao, Justin Hoh, Eogene Ewe, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Man Wei Chong, Tee Kai Wun, Chen Tang Jie, Hoo Pang Ron

 

Berpasukan wanita: K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Muhammad Azmi, Eng Ler Qi, Pearly Tan, M. Thinaah, Go Pei Kee, Teoh Mei Xing, Toh Ee Wei, Cheng Su Yin

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan