SUKAN > BERITA

1,200 Atlet Sertai Kejohanan Taekwondo Antarabangsa MIITC 2025

16/09/2025 07:47 PM

ALOR GAJAH, 16 Sept (Bernama) -- Sebanyak 1,200 atlet dan pegawai dari pelbagai negara menyertai Kejohanan Taekwando Jemputan Antarabangsa Malaysia (MIITC) 2025 yang berlangsung selama empat hari bermula semalam di sebuah pusat konvenysen di sini.

Pengerusi pengelola kejohanan yang juga Setiauasaha Agung Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia (MITF) Dr John Mohd Abdul Rahim berkata terdapat 383 kategori dipertandingkan melibatkan penyertaan atlet daripada pelbagai kelab termasuk dari Malaysia, Ireland, China, Hong Kong dan Taiwan.

"MIITC 2025 dianjurkan sebagai platform utama bagi mencungkil pelapis di samping memberi peluang kepada mereka menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran serta bersaing dengan atlet antarabangsa.

“Apabila ada kejohanan remaja di peringkat dunia, kita juga boleh menghantar pelapis untuk diketengahkan bagi mewakili negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu perasmian kejohanan itu disempurnakan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka Datuk V.P. Shanmugam.

Kejohanan berprestij itu turut diiktiraf oleh Persekutuan Taekwando Antarabangsa (ITF) serta mendapat sokongan kerajaan negeri, Kementerian Belia dan Sukan dan Pejabat Pelancongan Melaka.

John Mohd berkata MITF turut merancang menganjurkan Kejohanan Kelab Dunia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 pada Disember tahun depan di Selangor, sekali gus memperkukuh reputasi Malaysia sebagai destinasi sukan antarabangsa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan