SUKAN > BERITA

Kejohanan Pickleball Terbuka Perak 2025 Tarik Peserta Luar Negara

09/09/2025 05:33 PM

IPOH, 9 Sept (Bernama) -- Kejohanan Pickleball Terbuka Perak 2025 yang berlangsung pada 13 dan 14 Sept ini di Pickleball Fun Club (PFC) di sini, turut menarik peserta dari luar negara seperti China dan Singapura.

Pengerusi Tourism Perak Datuk Mohamad Kamil Shafie berkata lebih 200 individu telah mengesahkan penyertaan bagi kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM40,000.

“Kejohanan berskala nasional ini dianjurkan Perfect Sports Pickleball Club dengan kerjasama Pickleball Fun Club Ipoh serta mendapat sokongan Tourism Perak, sekali gus menjadikan ia acara pickleball terbesar pernah dianjurkan di Perak.

“Mana-mana peserta yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh menghubungi pihak PFC (Facebook, Instagram) dan tarikh tutup penyertaan pada 11 Sept ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media kejohanan di sini hari ini.

Mohamad Kamil berkata kejohanan itu dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu pemain baharu, amatur dan terbuka, melibatkan enam kategori termasuk beregu lelaki, beregu campuran serta perseorangan lelaki berumur 19 tahun ke atas.

“Selain menawarkan ganjaran, kejohanan seumpama ini membuka ruang kepada bakat baharu untuk diketengahkan hingga peringkat kebangsaan, termasuk kemungkinan mewakili Perak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata usaha yang digerakkan melalui penganjuran kejohanan ini juga bagi membuka ruang menjadikan Perak sebagai sebuah negeri terkenal dengan pelancongan sukan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan