SUKAN > BERITA

Hadiah Merdeka Paling Bermakna - Hannah

31/08/2025 10:09 PM

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Detik emas Merdeka Malaysia terpahat fdalam sejatah apabila beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 202 di Paris, malam ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan kejayaan bersejarah itu sebagai hadiah paling bermakna sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Pemain Road To Gold kita, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, kini bergelar juara dunia beregu campuran!

“Pingat emas Hari Merdeka ini bukan sahaja istimewa, malah akan terpahat selamanya sebagai salah satu pencapaian sukan terbesar negara,” katanya menerusi hantaran di akaun rasmi X beliau.

Terdahulu, Tang Jie–Ee Wei mengejutkan beregu China, Jiang Zhen Bang–Wei Ya Xin, dengan kemenangan 21-15, 21-14 dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama 40 minit di Adidas Arena.

Kejayaan gemilang itu turut melakar sejarah baharu badminton tanah air apabila Tang Jie–Ee Wei menjadi pasangan Malaysia pertama merangkul gelaran dunia acara beregu campuran, sekali gus menambah lembaran emas dalam sejarah sukan negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan