JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) -- Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan pasukannya dengan mengumumkan kehadiran pemain tengah Sepanyol Alberto Martin Diaz, dalam persediaan menghadapi musim baharu.
Pemain berusia 23 tahun yang lebih dikenali sebagai Teto Martin itu diperkenalkan menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.
“Pemain tengah muda Sepanyol kami. Selamat datang ke Johor Darul Ta’zim FC, Teto!,” menurut kelab itu menerusi hantaran lewat malam tadi
Teto akan menyarung jersi nombor 20 bersama skuad Harimau Selatan.
Sebelum ini pemain muda itu bersama sebuah kelab Sepanyal, CD Tenerife selama 14 tahun dengan 98 penampilan rasmi dan menjaringkan enam gol.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial