SUKAN > BERITA

Rachel Wakil Tunggal Negara Ke Final, Misi Rebut Gelaran Asia Pertama

20/06/2025 08:50 PM

KUCHING, 20 Jun (Bernama) -- Pemain skuasy negara Rachel Arnold muncul sebagai satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke final Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-23 selepas menewaskan rakan senegara Aifa Azman dalam aksi separuh akhir wanita di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya di sini hari ini.

Pemain ranking ke-19 dunia itu menundukkan Aifa 11-9, 11-2, 8-11, 9-11, 12-10 dalam pertarungan sengit yang mengambil masa 56 minit.

Kemenangan ini menyaksikan Rachel membawa harapan negara ke perlawanan akhir, hanya selangkah untuk merangkul gelaran Asia pertamanya selepas seorang lagi wakil Malaysia, Yee Xin Ying gagal meneruskan kemaraan dalam satu lagi separuh akhir.

Yee tewas kepada Ho Tze Lok dari Hong Kong yang memenangi perlawanan berkenaan dengan keputusan 11-9, 5-11, 5-11, 11-9, 11-6 dalam tempoh 45 minit.

Rachel dijadual berdepan Ho pada final esok bagi merebut kejuaraan edisi ke-23 kejohanan itu.

Selepas tewas di peringkat separuh akhir, Yee dan Aifa menamatkan kempen masing-masing di kejohanan itu dengan berkongsi tempat ketiga.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan