SUKAN > BERITA

Karim Kembali Jadi Presiden MA

16/06/2025 12:52 AM

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Presiden Persatuan Olahraga Amatur Perak, Datuk Karim Ibrahim kembali memegang tampuk kepimpinan Olahraga Malaysia (MA) bagi penggal 2025-2029, selepas memenangi pemilihan badan induk itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) itu hari ini.

Karim yang pernah memegang jawatan itu dari tahun 2014 hingga 2019 berjaya meraih 25 undi untuk menewaskan pencabarnya Presiden Olahraga Negeri Sembilan Datuk Mark William Ling, yang memperoleh 14 undi.

“Saya berterima kasih atas kepercayaan untuk kembali menerajui Olahraga Malaysia bagi penggal 2025 hingga 2029.

“Saya juga mohon secara jujur agar segala kata-kata buruk semasa kempen dapat ditepikan dan kita semua bersatu demi masa depan olahraga,” katanya ditemui selepas pemilihan kepimpinan MA di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.

Terdahulu, mantan Presiden MA Datuk Seri Shahidan Kassim, membuat kejutan pada saat akhir apabila mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebelum pemilihan berlangsung.

Sementara itu jawatan Timbalan Presiden MA menyaksikan Presiden Olahraga Amatur Terengganu Datuk Wan Hisham Wan Salleh, memenangi jawatan itu selepas meraih 22 undi, menewaskan dua calon lain, Mohamat Hassan (9 undi) dan Sallehuddin Satar (5 undi).

Bagi posisi Naib Presiden pula Prof. Dr. Mohamed Rusli Abdullah, Datuk R. Annamalai dan Padmanathan Nagappan, selepas masing-masing meraih 29, 24 dan 22 undi selepas menewaskan empat pesaing yang lain.

Bagi kerusi Naib Presiden wanita menyaksikan Josephine Kang memenangi jawatan itu selepas menjadi calon tunggal wanita sebelum ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan