Bitget Membawakan Lalaun Pantas ke Indonesia Bersama MotoGP dan Smarter Speed Challenge 2.0

08/10/2025 12:31 PM

VICTORIA, Seychelles, 8 Okt (Bernama) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, telah menghangatkan suasana di Grand Prix Indonesia di Mandalika dari 3 hingga 5 Oktober, menggabungkan keterujaan sukan permotoran dengan inovasi Web3 di bawah satu bumbung. Berikutan kejayaan pelaksanaan di Itali, Jerman dan Sepanyol, kemunculan Bitget di Indonesia menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkongsian globalnya bersama MotoGP, yang diketuai oleh juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo.

Di Litar Antarabangsa Mandalika, Bitget mengetengahkan gabungan adrenalin dan teknologi menerusi reruai peminat dua tingkat yang mempamerkan inovasi terbaharunya. Pengunjung berpeluang merasai simulasi MotoGP berskala penuh, menyertai cabaran interaktif serta sesi bergambar di lokasi, di samping membawa pulang barangan edisi terhad eksklusif. Kemuncak hujung minggu tersebut tiba apabila Jorge Lorenzo sendiri mengunjungi reruai Bitget, di mana beliau beramah mesra dengan peminat, menandatangani barangan kenangan serta berkongsi pandangan tentang perjalanan karier perlumbaannya — menambah aura bintang dan keterujaan kepada suasana yang sudah pun penuh tenaga. Pengalaman itu mencerminkan semangat unggul Bitget — “Make It Count”, yang meraikan ketepatan, kawalan serta keberanian dalam kelajuan — baik di litar perlumbaan mahupun di arena dagangan.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan