PUTRAJAYA, 23 Jun (Bernama) -- Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM), di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah membuat keputusan sebulat suara untuk melanjutkan tempoh peralihan pendaftaran pengamal profesion kesihatan bersekutu selama 18 bulan, iaitu kepada 31 Disember 2026 berbanding tarikh akhir asal pada 30 Jun 2025.
Keputusan ini telah dimuktamadkan dalam Mesyuarat MPKBM Ke-13 (Bil. 2/2025) setelah mengambil kira keperluan untuk memastikan pelaksanaan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774] dapat dijalankan secara menyeluruh dan berkesan, serta mengambil kira pertimbangan dasar, kepentingan pengamal dan kesejahteraan awam.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial