SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) -- Seorang juruterbang wanita kerugian RM194,970 selepas terperdaya dengan tawaran pakej haji palsu.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata mangsa berusia 30-an itu dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Nilai pagi tadi menyatakan dia berurusan dengan seorang individu daripada agensi pelancongan umrah yang menawarkan pakej haji pada 14 Jan lepas.
"Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan tempatan itu membuat beberapa pindahan wang ke dalam akaun agensi berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM194,970 sebagai bayaran penuh bagi pakej haji itu.
"Mangsa menyedari ditipu pada 15 Mac lepas setelah mendapati agensi terbabit sudah tidak beroperasi dan dia tidak dapat menunaikan haji seperti dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang digiatkan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial